TESTIMONI KEBAIKAN TM-1
SAYA BEBAS DARI TUMOR COLON
SELEPAS MENGAMAL PENGAMBILAN TM-1
SELEPAS MENGAMAL PENGAMBILAN TM-1
Pn Suramah Bt Wahir
Kampong Bukit Changgang
Banting, Selangor
Saya seorang surirumah dan ibu kepada 5 orang anak. Selepas melahirkan anak ketiga, saya selalu sakit perut. Lepas setahun saya rasa ada benjol dalam usus sebelah kiri, yang semakin hari semakin besar, sebesar buah epal. Ia teramat sakit sehingga saya sukar buang air besar. Saya ingat ia cuma angin dalam perut saja.
Pada 31 Julai 2006, suami saya bawa saya ke klinik Komuniti Bukit Changgong. Doktor mengesahkan saya mengidap Tumor Kolon, terdapat benjolan-benjolan merah di usus kiri yang sudah di tahap kritikal.
Doktor keluarkan surat untuk rujukan 'SEGERA' oleh doktor pakar HTAR Klang. Ketika itu jugak, saya teringat kakak saya juga mengidapi Tumor Kolon dan ususnya sudah dipotong pada tahun 2002 tapi belum sembuh lagi sampai sekarang.
Saya begitu tertekan dan amat sedih, terutamanya mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil. Saya berjumpa rakan karib Pn. Asmah Bt Hashim. Beliau terus suruh saya minum TM-1, 40 titis setiap hari dan saya terus minum hari hari.
2 Ogos 2006, temujanji saya dengan Doktor Pakar HTAR, saya begitu takut dengan apakah nasib saya selepas ini. Doktor pakar buat pemeriksaan berkali-kali untuk kepastian dan seperti tidak percaya surat laporan doktor yang saya bawa. Dengan kuasa Allah yang Maha Berkuasa, suatu keajaiban telah berlaku dan saya amat bersyuku kepada Allah.
Doktor merasa hairan, dalam usus saya tiada lagi benjolan-benjolan berwarna merah dan perut saya tidak keras lagi seperti dilaporkan oleh Doktor Klinik Komuniti. Semasa Doktor Pakar dalam kehairanan, saya pun keluarkan TM-1 dan bertanya adalah kerana TM-1 segala masalah saya hilang? Doktor terus sarankan agar saya dan keluarga terus mengamalkan pengambilan TM-1 dan kongsikan keajaiban TM-1 dengan rakan-rakan lain.
Saya seru semua orang supaya amalkan TM-1 kerana 'mencegah lebih baik dari merawat' dan jangan tunggu sakit baru nak berubat.