Ahad, 29 April 2012

Testimoni Produk Trace Mineral (TM)

KANSER PARU-PARU SEMBUH DENGAN MENGAMBIL TM-1

Rosdi bin Muhamad
Kg Padang Balang, Gombak, KL.

Masalah: Kanser paru paru peringkat ke 3(disahkan pada bulan puasa 2005)
DAN paru-paru berair (disahkan pada minggu pertama Hari Raya 2005)

Pengakuan:-

Kerja saya sebagai pemandu van untuk penghantaran barang yang menuntut saya berulang alik dari KL-Ipoh, KL-Kuantan, Mentakab dan KL-Seremban. Saya seorang perokok dan setiap hari saya terdedah kepada asap kenderaan dan habuk ketika memunggah barang dari van.

Pada bulan puasa 2005, ketika memunggah barang yang menyebabkan habuk berterbangan, nafas saya sesak sehingga batuk batuk dan ketika ke Temerloh, demam pula. Setiba di Kuala Lumpur, demam saya menjadi semakin teruk sehingga menggigil dan tiada kudrat untuk mengikat kain pelekat atau mengangkat tangan. Bila ke klinik, doktor beri ubat gastrik tapi lepas seminggu masih belum baik dan semasa itu mesti terus bekerja kerana tidak mendapat cuti.

Di hari terakhir puasa (malam raya), kerana keadaan saya yang begitu teruk, anak saudara saya bawa saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan X-ray dan darah, doktor tahan saya masuk wad. Tapi saya merayu sebab esoknya nak sambut raya dengan famili. Tapi bila keadaan saya kronik, esoknya saya ke hospital. Doktor mengesahkan saya menghidap KANSER PARU PARU peringkat ke-3 dan perlu rawatan Chemotheraphy.

Selepas 2 minggu, saya dibawa ke IPR (Institut Respiratori), mereka mengesahkan saya juga mengidapi PARU PARU BERAIR da sebanyak 550 liter lendir berwarna kuning kecoklatan dikeluarkan dan ia dilakukan sebanyak 5kali, bermakna sejumlah 2,750 liter lendir dikeluarkan!

Untuk rawatan Chemotheraphy, saya berulang setiap 2 minggu sekali ke GH, tapi Allah saja tahu ketakutan saya untuk rawatan Chemotheraphy kerana kesakitannya begitu menakutkan.

Pada bulan Mei 2006, (ketika masih dalam rawatan Chemotherapy) isteri saya beri saya minum air campur TM-1 tanpa memaklumkan kepada saya. Yang menghairankan, sakit di dada terus hilang menjadikan isteri saya terus yakin. Kemudian saya amalkan TM-4 dan selepas 2 hari, batuk saya berhenti. Minggu lepas saya telah ke hospital untuk buat CT scan dan doktor telah maklumkan saya telah sihat.

Saya amat yakin dengan produk TM.

Alhamdulillah, selepas minum TM-1 selama 5 bulan dan TM-4 selama 3 bulan, saya sembuh. Bayangkan tahun lepas pada bulan puasa saya dimaklumkan hanya mampu hidup lagi setahun tapi Alhamdulillah kini saya sendiri rasa lebih sihat.

Pengikut

Chat Room

widgeo