Khamis, 24 Mei 2012

Kerjaya MLM

Graduan Muda Bersyukur telah Memilih Kerjaya MLM



Terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada Mr. E.H. Teoh dan Puan Jannie Teh (Pengasas Revell) kerana menawarkan peluang perniagaan yang boleh direalisasikan.

Allhamdullilah setelah bergiat aktif selama 5 tahun hasilnya dapat diraih.. apa yang ditabur dapat dituai dan kini saya telah mencapai pangkat Senior Group Director (SGD). Ramai graduan belum tahu kelebihan perniagaan MLM dan saya bersyukur dan berbangga sebagai seorang anak muda telah berjaya berpendapatan tinggi melalui perniagaan ini.

Kenapa Revell?

Revell lain dari yang lain:- Keistimewaannya pada produk dan pelan yang boleh dicapai. Saya graduan dalam bidang automotif dan pernah menolak tawaran untuk ke Jepun bagi melanjutkan kursus automotif, malah telah memilih untuk bergiat dalam perniagaan Revell kerana saya inginkan waktu bekerja mengikut masa saya sendiri dan tidak terikat dengan waktu bekerja.

Yang penting, pastikan kita berusaha untuk mendapatkan prospek setiap hari dan berjumpa mereka. Saya mencari prospek dengan membina 'blog' dan 'page ' di dalam internet bagi merekrut anak-anak muda menyertai Revell sekaligus menjana pendapatan tinggi melalui perniagaan luar biasa ini.

Bersama-sama rakan niaga Revell, kami banyak mengatur aktiviti bagi membuka mata lebih ramai anak-anak muda untuk bersama kami dalam misi ke arah MUDA KAYA (JUTAWAN MUDA) DAN BERJAYA.

Saya menyeru semua usahawan Revell supaya menggalakkan anak-anak muda (terutama yang menggangur) memilih kerjaya dalam Revell kerana terbukti sesiapa pun tidak kira usia atau pengalaman boleh berjaya dalam Revell, asalkan mereka mempunyai keazaman yang meluap untuk mendapatkan sasaran pendapatan bulanan yang mereka inginkan dan seterusnya merealisasikan impian mereka.

Terimakasih juga pada pendorong dan pengajar serta mentor saya, Puan Saadah Badrus dan EnAnis Kasan kerana tidak pernah berputus asa menanam minat pada saya yang dahulunya tidak berminat untuk melakukan MLM sebelum ini.

"TO LEAD IS TO SERVE".

Salam sukses teruskan perjuangan, jangan berhenti selagi belum selesai...

Ahad, 20 Mei 2012

Syarikat jualan langsung promosi skim piramid diserbu

Pengarah Penguatkuasa, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan aduan orang ramai yang didakwa ditipu selepas menyertai skim tersebut.

Pengikut

Chat Room

widgeo