Jumaat, 7 Oktober 2011

Usahawan gagal kali pertama diberi dana pemulihan


KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kerajaan bakal menyediakan SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta bagi memberi peluang kedua kepada usahawan yang gagal buat kali pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, skim itu menawarkan pinjaman mudah dengan jumlah maksimum sebanyak RM1 juta kepada golongan peniaga bagi membangunkan semula perniagaan mereka.

Dana itu akan diuruskan oleh SME Bank dan ditawarkan mulai Januari 2012.

Sumber: www.utusan.com.my

Pengikut

Chat Room

widgeo